Monday, 18 March 2013
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun
1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak
sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan
sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan
kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor
telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945
setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan
dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk
pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM
Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan
mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah
jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras
untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan
Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak
sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil
alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan
sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas
tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan
untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah
uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.
Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di
SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan
Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan
tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al
Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.
Monday, 11 March 2013
VIMISLOG
VISI
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2010.
MISI
Memberi
pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor
berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam
akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi
memenuhi aspirasi negara.
MOTO
Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN
Ke arah kecemerlangan ilmu
AIGS
PENGENALAN
SMKA(P) AlMashoor terletak di Medan Lim Cheng Theik, berhampiran JalanBurma, George town, di dalam daerah Timur laut Pulau Pinang, Malaysia.
Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah. Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman
Subscribe to:
Posts (Atom)