Monday, 6 May 2013

Taklimat NIE


NIE.

Pada 2 minggu yang lepas,Empat pelajar SMKA P Almashoor bersama dua guru pengiring telah pergi ke Sekolah Cina untuk mendengar taklimat NIE.Taklimat tersebut mempunyai banyak isi isi penting untuk memasuki pertandingan NIE Star Newspaper.

Debat Inggeris

Debat Inggeris telah disertai oleh 6 pelajar SMKA (P) Almashoor bersama Sir Razif yang menjadi guru pengiring pendebat pendebat tersebut.Guru pengiring telah mencabut undi dan mendapat tempat sebagai 'government'.SMKA 9P0 ALMASHOOR buat pusingan pertama berdebat dengan Sekolah MenengaH Menthodist Boys School.SMKA (P) Almashoor alhamdulillah memenangi pusingan pertama.Bagi Pusingan kedua SMKA (P) Almashoor berdebat dengan Sekolah Menengah Perempuan Cina dan sekali lagi mendapat tempat sebagai 'governement'.Beribu tahniah diucapkan kepada Sekolah Menengah Perempuan Cina,Sekolah Menengah Menthodist Boys School  dan tidak lupa juga kepada SMKA (P) Almashoor untuk kejayaan buat pusingan pertama.


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ??!!



Minggu kedua bulan Mei,ialah minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5 Sekolah  Menengah Perermpuan Almashoor.Manakala,bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 pada minggu seterusnya.Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Perempuan Almashoor kelihatan amat semangat untuk menjalani Peperiksaan ini.Pelajar juga amat tekun mempelajari semula mata pelajaran buat kali ini;InsyaAllah pelajar-pelajar sekolah ini bakal mevncapai tahap yang amat memuaskan.



Monday, 8 April 2013

SUKANTARA??!!

SUKANTARA  ialah aktiviti wajib yang dilakukan oleh semua sekolah yang ada di Malaysia....
Antara sukan yang diadakan ialah
  • lompat tinggi
  • lontar peluru
  • pecut 100 meter
  • lompat jauh
  • lempar cakera 



           

Monday, 1 April 2013

WELCOME BACK TO SCHOOL !!

SELAMAT KEMBALI !!

Selamat datang ke sekolah kembali...
Apa yang kita tahu , sebelum bermulanya cuti persekolahan sekolah kita telah memasuki pertandingan bola jaring peringkat SEKOLAH...
Pada peringkat menengah atas , SMKA (P) Almashoor telah mendapat nama sebagai naib johan dalam pertandingan ini...Manakala pada peringkat menengah bawah pula , sekolah kami telah mendapat nama sebagai johan dalam pertandingan ini.
kumpulan nasyid AIGS telah dapat johan.... TERBAIK!!!

Kad Demerit





Pada tahun 2013,sistem dimerit bagi sekolah menengah perempuan Almashoor diadakan.Hal ini bagi lebih mendidik pelajar-pelajar sekolah Perempuan Almashoor ini agar lebih berdisplin.



Moga-moga penjalanan sistem demerit ini bakal berhasil dan berjalan derngan lancar.
 

Monday, 18 March 2013

Lokasi

PETA LOKASI

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.

Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

Monday, 11 March 2013

VIMISLOG





VISI
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2010.

      MISI    
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara. 

MOTO 
Beriman, Berilmu & Beramal 

 SLOGAN
 Ke arah kecemerlangan ilmu

AIGS

PENGENALAN

 SMKA(P) AlMashoor terletak di Medan Lim Cheng Theik, berhampiran JalanBurma, George town, di dalam daerah Timur laut Pulau Pinang, Malaysia.

 Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah. Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman